Masalah Kulit

Kulit merupakan bahagian luar badan yang sentiasa terdedah kepada persekitaran dan mikroorganisma yang sering mengintai peluang untuk menyerang. Oleh itu tidak hairanlah setiap orang mempunyai masalah kulit tertentu, bergantung kepada ketahanan badan masing-masing, ada yang bertahap sementara dan ada yang bertahap kekal.


Jenis-jenis penyakit kulit

1. Ekzema


Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah.Ekzema tidak boleh diubati. 


2. Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.


Masalah kulit muka

Masalah kulit muka berlaku kepada semua orang kecuali mereka yang bernasib baik dianugerahkan degan kulit muka yang tiada masalah, antara sebab-sebab lain masalah kulit berlaku adalah disebabkan oleh faktor permakanan yg tidak seimbang mengambil banyak makanan berminyak, tidak mengambil air secukupnya dan bermacam lagi amalan tidak sihat seperti kurang bersukan yang dapat membersihkan pori-pori kulit dalam proses perpeluhan dan tidak mendapat tidur yang cukup, menjadikan kulit muka kusam dan tidak bermaya.













APA ITU HYROQUINONE???



PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA


KESAN PRODUK KOSMETIK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA






No comments:

Post a Comment